Rajah 1.0 Piramid Aktiviti Fizikal
Kecergasan
dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan yang sihat yang memboleh-kan individu
melakukan aktiviti harian dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam
kepelbagaian aktiviti fizikal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan (Sarkuna
Devi, et. al., 2012). Manakala berdasarkan Badan Kesihatan Sedunia (WHO),
kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu
mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial
dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Setelah
mempelajari kursus GKK1043, saya bertambah jelas terhadap definisi sebenar
kesihatan dan kecergasan.
Kami
dikehendaki untuk melakukan pre-test dan post-test untuk aktiviti SEGAK dan
Bleep Test. Semasa pre-test, berat saya ialah 86.8kg dan tinggi saya ialah
1.63m. BMI saya, iaitu 32.67, berada pada obese tahap I. Semasa post-test,
berat saya ialah 87.2kg dan tinggi saya ialah 1.63m. BMI saya, iaitu 32.82,
masih berada pada obese tahap 1. Hal ini menyedarkan diri saya bahawa saya
perlu mengurangkan berat badan untuk mencapai tahap indeks komposisi badan
(BMI) yang normal.
Untuk
aktiviti naik turun bangku, kadar denyutan nadi saya ialah 154 bagi pre-test
dan 165 bagi post-test. Hal ini menunjukkan bahawa daya tahan kardiovaskular
badan saya perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Berdasarkan rajah 1.0,
aktiviti seperti naik tangga perlu dilakukan setiap hari untuk meningkatkan
daya tahan kardiovaskular badan kita.
Seterusnya,
bagi aktiviti tekan tubi, markah saya bagi pre-test ialah 13, manakala untuk
post-test ialah 16. Hanya terdapat sedikit peningkatan, tetapi saya tahu, saya
perlu melakukan lebih banyak aktiviti untuk meningkatkan kekuatan otot dan daya
tahan otot saya. Hal ini melibatkan otot triceps, biceps serta pectoralis
major. Berdasarkan rajah 1.0, aktiviti tekan tubi sewajarnya dilakukan 2 hingga
3 kali seminggu.
Selain
itu, bagi aktiviti ringkuk tubi separa, markah saya ketika pre-test dan
post-test adalah sama iaitu 14. Tidak terdapat sebarang peningkatan dan hal ini
sangat menyedarkan saya bahawa saya perlu melakukan lebih banyak aktiviti untuk
menguatkan daya tahan otot abdominis, trapezius dan deltoid kerana saya agak
lemah. Berdasarkan rajah 1.0, aktiviti seperti ringkuk tubi separa perlu
dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu.
Di
samping itu, untuk aktiviti jangkauan melunjur, markah saya bagi pre-test ialah
31 dan bagi post-test ialah 33. Terdapat peningkatan sebanyak 2, namun hal ini
masih tidak memuaskan hati saya. Saya perlu melakukan lebih banyak aktiviti
untuk meningkatkan fleksibiliti dan daya kelenturan sendi saya. Berdasarkan
rajah 1.0, aktiviti fleksibiliti juga dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali
seminggu.
Untuk
Bleep Test pula, saya menunjukkan corak peningkatan iaitu daripada Level 2.5 kepada
Level 3.1. Hal ini membuktikan bahawa daya tahan kardiovaskular badan saya
telah meningkat dari pre-test hingga post-test.
Kesimpulannya,
jelaslah bahawa markah saya bagi beberapa aktiviti ketika post-test menunjukkan
sedikit peningkatan. Saya akan menggunakan Piramid Aktiviti Fizikal sebagai
panduan harian. Pada masa akan datang, saya akan berusaha untuk kekal aktif dan
cergas agar kesihatan diri saya lebih terjamin.
Rujukan
Artikel
Sarkuna
Devi, Normah Nordin & Thillainathan Krishnan. (2012). Pengenalan
Kecergasan. Diperoleh dari http://www.myhealth.gov.my/pengenalan-kecergasan/
Web
